SJKC KWANG HWA, DUNGUN, TRG

Ahad, 20 Oktober 2013

....SELAMAT DATANG....

Salam Sejahtera Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan murid-murid, alumni, guru-guru dan ibu bapa pelajar sekalian ke laman ini. Laman ini diwujudkan untuk memberi informasi termudah secara online kepada masyarakat umum tentang perkembangan terkini sekolah. Memandangkan kurangnya masa yang terluang di kalangan ibu bapa untuk hadir ke sekolah, maka pihak sekolah telah mewujudkan satu laman web supaya pelbagai informasi berkenaan sekolah ini boleh dipamerkan secara khusus di internet. Semoga SJK(C) Kwang Hwa akan menjadi sekolah yang unggul untuk menjana generasi terbilang.